Thursday, 27 September 2012

Jadi bagaimana nak kawal mengantuk ni? Jadi aku nak kongsikan serba sedikit tips yang biasa aku lakukan.

1- Minum kopi. Aku lepas makan nasi lemak, aku mesti minum kopi. Alhamdulillah, mujarab jugak lah. Lagipun aku memang suka minum kopi sebab boleh beri tenaga.

2-Ada jugak yang tidak boleh minum kopi disebabkan ada migrain. Ataupun ada yang minum kopi, tapi tiada effect pun. Ada je dikalangan kita. Caranya kunyah lah chewing gum. Memang mujarab lah. Lagipun kunyah chewing gum boleh meningkatkan kecerdasan otak mengikut kajian. Dalam masa yang sama, boleh kuruskan muka aku yang tembam ni. Huhu..

3-Jalan-jalan lah sekejap, ambil angin ke. Biar segar sikit.

4-Cuci muka.

5-Tidur selama 5 minit dalam keadaan duduk dengan tegak. (Pensyarah Kimia masa kolej dulu yang bagi tip ni) tapi ingat dalam keadaan duduk jer dan tegak.  

6-Borak dengan kawan. Maybe sebab otak terlalu penat, borak dengan kawan boleh merehatkan sedikit minda. Tapi berpada-pada lah. Jangan berborak sampai tak ingat dunia. Nanti kerja pun tak jalan.

7-Membaca je boleh menyebabkan mengantuk. Jadi, apa kata sambil membaca tu, tulis nota yang simple. Cara ni bukan sahaja mujarab, dalam masa yang sama kita boleh faham apa yang kita baca.

Ni jer la tips yang aku boleh kongsi. Kunyah chewing gum dengan minum kopi memang berkesan pada diri aku lah.

Ada tak tips lain yang berkesan? Kalo ada, boleh kongsi. Adioss!

p/s: bila lihat coding, mengantuk ni..macam tak boleh nak elak. Help me...